Ahad, 12 Ogos 2012
Sabtu, 11 Ogos 2012
Ahad, 29 Julai 2012
Ikan Keli
Ikan Keli
Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara Asean khususnya di Malaysia. Ikan keli termasuk dalam keluarga Clariidae dan telah mula diperkenal di negara kita pada tahun 1988 dan kini telah menjadi spesies utama ternakan air tawar dalam negara. Ikan ini berupaya hidup dalam pelbagai keadaan dan mutu air dengan tempoh ternakan selama 3-4 bulan. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil di mana sedikit sahaja isipadu air yang diperlukan. Tebaran ikan ini juga boleh lebih padat dari kebanyakan ikan lain. Dengan kemajuan teknologi terkini, pengeluaran ikan bertujuan untuk makanan atau hiasan dari satu ruang air yang terkurung tidaklah terhad. Memandangkan permintaan ikan kian meningkat, pelbagai pendekatan boleh diamalkan khususnya di kawasan luar bandar atau pinggiran bandar untuk mengeluarkan ikan berkualiti bagi menampung keperluan harian dan menambah sumber pendapatan.
Menternak ikan dalam takungan air seperti tangki kavas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen adalah satu alternatif kepada sistem tersebut. Kaedah ini sesuai bagi kawasan tanah yang kecil. Namun sekiranya mempunyai keluasan tanah yang bersaiz besar, ternakan ikan boleh dibuat di dalam kolam tanah. Kolam tanah sesuai digunakan bagi menternak pelbagai jenis ikan air tawar. Penternakan dalam kolam tanah yang kaya dengan makanan semulajadi boleh menjimatkan kos operasi. Rekabentuk ladang pula hendaklah mempunyai kolam takungan, kolam rawatan kumbahan dan sistem air masuk dan keluar yang berasingan
Ternakan Ikan Keli
Ternakan Ikan Keli Ikan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia.
Catfish kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.
Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal.
Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini. Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional.
Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas.
Sistem Ternakan Ikan Keli
Bagaimana untuk menternak ikan keli?
Bagi yang baru dengan bidang aquakultur atau ternakan air tawar, akan tertanya-tanya apakah kaedah terbaik menternak ikan keli sebenarnya.
Adakah dalam kolam iaitu kolam tanah atau kolam konkrit, ternakan sangkar, tangki fiberglass, ternakan kanvas dan pelbagai kaedah termaju seperti sistem berkonsep biofilter (contohnya RAS ) atau mekanikal filter?
Sebelum memberi jawapan kepada persoalan ini, di sini Aquabase lampirkan sedikit info asas kaedah ternakan dalam aquakultur.
Secara asasnya hanya terdapat 2 sistem asas kaedah ternakan dalam aquakultur iaitu sistem ternakan terbuka dan sistem ternakan tertutup. Kedua-duanya diamalkan berdasarkan kepada kriteria berikut: iklim setempat, bentuk rupa bumi, keperluan habitat asal ternakan, keperluan piawaan pasaran dan tujuan utama ternakan itu serta modal yang sanggup dilaburkan oleh seorang pengusaha itu sendiri.
Kolam tanah contoh paling jelas kepada sistem ternakan terbuka. Antara yang mengamalkan sistem separa tertutup seperti kolam konkrit, tangki fiber, kanvas manakala sistem RAS yang mempraktikan sepenuhnya amalan sistem ternakan tertutup. Berbalik kepada persoalan asal manakah kaedah terbaik bagi memulakan projek ternakan keli ialah:
- Tujuan asal ternakan, adakah untuk komersil atau suka-suka (hobi). Di sini ramai mereka yang keliru pada peringkat awal menceburi diri dalam bidang ini, ada yang sekadar hobi menternak ikan keli sahaja atau ingin menjadikan sumber pendapatan utama. Sekiranya kita dapat membezakan secara jelas, bererti kita dapat tertentu kaedah ternakan yang sesuai. Bagi tujuan komersil, kelebihan masih lagi terletak pada sistem terbuka iaitu kolam tanah dan konkrit. Untuk hobi kaedah ternakan dalam tangki fiberglass antara pilihan yang tepat.
- Bentuk muka bumi. ini merangkumi lokasi ternakan, adakah seorang pengusaha mempunyai tanah yang sesuai, sumber air yang mencukupi dan sistem sokongan seperti elektrik, air dan jalan. Contohnya kawasan tasik, lombong dan sungai lebih sesuai gunakan kaedah sangkar bagi ternak keli. Tidak semua tanah sesuai untuk membina kolam ternakan contohnya tanah pasir dan berselut. Kawasan banjir elakkan terus dari membina kolam. Contohnya sistem kanvas sesuai diamalkan persekitaran urban sekaligus memberi peluang kepada golongan yang mempunyai ruang terhad untuk menternak.
- Piawaan pasaran harus diambil kira, terdapat pembezaan kriteria keperluan antara pasaran demostik dan eksport. Bagi pasaran eksport, selain keperluan piawaan dari negara asal pengimport, mungkin nilai tambah seperti kelebihan nutrisi contoh keli omega 3 atau konsep ternakan organik dan persekitaran ternakan seperti ternakan biofilter antara elemen yang diperlukan bagi memenuhi pasaran khusus seperti ini.
- Modal pengusaha. jumlah modal yang adalah faktor utama menentukan kaedah ternakan keli. Bagi yang mempunyai modal yang kukuh kaedah ternakan berskala besar dan komersil antara pilihannya. Untuk yang ada kekangan modal, kaedah ternakan yang lebih murah dan efesien adalah pilihan yang tepat.
petikan asal dari Majalah Aquabase.
Langgan:
Catatan (Atom)