Ikan Keli
Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara Asean khususnya di Malaysia. Ikan keli termasuk dalam keluarga Clariidae dan telah mula diperkenal di negara kita pada tahun 1988 dan kini telah menjadi spesies utama ternakan air tawar dalam negara. Ikan ini berupaya hidup dalam pelbagai keadaan dan mutu air dengan tempoh ternakan selama 3-4 bulan. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil di mana sedikit sahaja isipadu air yang diperlukan. Tebaran ikan ini juga boleh lebih padat dari kebanyakan ikan lain. Dengan kemajuan teknologi terkini, pengeluaran ikan bertujuan untuk makanan atau hiasan dari satu ruang air yang terkurung tidaklah terhad. Memandangkan permintaan ikan kian meningkat, pelbagai pendekatan boleh diamalkan khususnya di kawasan luar bandar atau pinggiran bandar untuk mengeluarkan ikan berkualiti bagi menampung keperluan harian dan menambah sumber pendapatan.
Menternak ikan dalam takungan air seperti tangki kavas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen adalah satu alternatif kepada sistem tersebut. Kaedah ini sesuai bagi kawasan tanah yang kecil. Namun sekiranya mempunyai keluasan tanah yang bersaiz besar, ternakan ikan boleh dibuat di dalam kolam tanah. Kolam tanah sesuai digunakan bagi menternak pelbagai jenis ikan air tawar. Penternakan dalam kolam tanah yang kaya dengan makanan semulajadi boleh menjimatkan kos operasi. Rekabentuk ladang pula hendaklah mempunyai kolam takungan, kolam rawatan kumbahan dan sistem air masuk dan keluar yang berasingan
Ternakan Ikan Keli
Ternakan Ikan Keli Ikan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia.
Catfish
kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian.
Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri
aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula
diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.
Seperti
sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin
terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini
berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif
antara halangan awal.
Perubahan kaedah ternakan dan teknik
pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci
penerimaan terhadap ternakan ini. Ikan keli mula mendapat tempat dalam
hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini,
berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam
masakan tradisional.
Nilai komersil dan khasiat permakanan yang
telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di
negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain
ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan
kanvas.
Sistem Ternakan Ikan Keli
Bagaimana untuk menternak ikan keli?
Bagi yang baru dengan bidang
aquakultur atau ternakan air tawar, akan tertanya-tanya
apakah kaedah
terbaik menternak ikan keli sebenarnya.
Adakah dalam kolam iaitu
kolam tanah atau kolam konkrit, ternakan sangkar, tangki fiberglass,
ternakan kanvas dan pelbagai kaedah termaju seperti sistem berkonsep
biofilter (contohnya RAS ) atau mekanikal filter?
Sebelum memberi jawapan kepada persoalan ini, di sini
Aquabase lampirkan sedikit info asas kaedah ternakan dalam aquakultur.
Secara
asasnya hanya terdapat 2 sistem asas kaedah ternakan dalam aquakultur
iaitu
sistem ternakan terbuka dan
sistem ternakan tertutup. Kedua-duanya
diamalkan berdasarkan kepada kriteria berikut: iklim setempat, bentuk
rupa bumi, keperluan habitat asal ternakan, keperluan piawaan pasaran
dan tujuan utama ternakan itu serta modal yang sanggup dilaburkan oleh
seorang pengusaha itu sendiri.
Kolam tanah contoh paling jelas
kepada sistem ternakan terbuka. Antara yang mengamalkan sistem separa
tertutup seperti kolam konkrit, tangki fiber, kanvas manakala sistem RAS
yang mempraktikan sepenuhnya amalan sistem ternakan tertutup. Berbalik
kepada persoalan asal manakah kaedah terbaik bagi memulakan projek
ternakan keli ialah:
- Tujuan asal ternakan, adakah untuk
komersil atau suka-suka (hobi). Di sini ramai mereka yang keliru pada
peringkat awal menceburi diri dalam bidang ini, ada yang sekadar hobi
menternak ikan keli sahaja atau ingin menjadikan sumber pendapatan
utama. Sekiranya kita dapat membezakan secara jelas, bererti kita dapat
tertentu kaedah ternakan yang sesuai. Bagi tujuan komersil, kelebihan
masih lagi terletak pada sistem terbuka iaitu kolam tanah dan konkrit.
Untuk hobi kaedah ternakan dalam tangki fiberglass antara pilihan yang
tepat.
- Bentuk muka bumi. ini merangkumi lokasi ternakan, adakah
seorang pengusaha mempunyai tanah yang sesuai, sumber air yang
mencukupi dan sistem sokongan seperti elektrik, air dan jalan. Contohnya
kawasan tasik, lombong dan sungai lebih sesuai gunakan kaedah sangkar
bagi ternak keli. Tidak semua tanah sesuai untuk membina kolam ternakan
contohnya tanah pasir dan berselut. Kawasan banjir elakkan terus dari
membina kolam. Contohnya sistem kanvas sesuai diamalkan persekitaran
urban sekaligus memberi peluang kepada golongan yang mempunyai ruang
terhad untuk menternak.
- Piawaan pasaran harus diambil kira,
terdapat pembezaan kriteria keperluan antara pasaran demostik dan
eksport. Bagi pasaran eksport, selain keperluan piawaan dari negara asal
pengimport, mungkin nilai tambah seperti kelebihan nutrisi contoh keli
omega 3 atau konsep ternakan organik dan persekitaran ternakan seperti
ternakan biofilter antara elemen yang diperlukan bagi memenuhi pasaran
khusus seperti ini.
- Modal pengusaha. jumlah modal yang adalah
faktor utama menentukan kaedah ternakan keli. Bagi yang mempunyai modal
yang kukuh kaedah ternakan berskala besar dan komersil antara
pilihannya. Untuk yang ada kekangan modal, kaedah ternakan yang lebih
murah dan efesien adalah pilihan yang tepat.
Diharap sedikit sebanyak penjelasan di atas memberi panduan khususnya
kepada golongan yang baru atau ingin menceburi diri dalam bidang ini.
Seharusnya sebagai seorang penternak, kita tidak perlu terikat atau
taksud kepada mana-mana kaedah samaada tradisi maupun moden dalam
membuat pilihan. Fikirlah mengikut kesesuaian.
petikan asal dari Majalah Aquabase.